Sunday, May 11, 2014

Memori


Hari ini air mata mengalir deras bagai mengerti segala apa yang terpendam di lubuk hati…air mata yang gugur jatuh persatu bersama esakan yang hanya aku yang mengerti. Terasa begitu kosong dan sepi, begitu terasing dan keseorgan melalui hari hari yang mendatang. Semua memori bagaikan menari di bayangan mataku tanpa dipinta. Sedihkah aku? Layakkah aku dipanggil insan yang sedih dan berduka? Layakkah aku? Zalimkah aku pada diriku? Persoalan demi persoalan menerpa benakku…tidak gembirakah aku? Bermasalahkah aku? Mengapa hati aku begitu degil..degil untuk menerima segala yang telah pun berlaku dan berlalu. Masih tercari-cari kebahagian dan kegembiraan di masa lampau walau ianya tidak mungkin berlaku.. segala keraguan dan bayangan lampau menghantui diriku..mengapa aku masih tidak sanggup menerima apa yang telah berlaku? adakah waktu yang tidak berpihak atau memang sudah jalannya hidup aku begini. Hatiku terasa sayu..setelah aku berfikir mencari alasannya namun semakin jauh aku terluka..sememangnya waktu tidak berpihak kepadaku..aku tersentak apabila tendangan bayiku bertalu talu di perutku.. “ Mama sayangkan kamu baby” terima kasih sayang kerana kembalikan mama ke alam realiti kamu adalah anugerah yang terindah pernah mama miliki.. mama silap sayang, mama tidak keseorangan melalui hari yang mendatang..mama punyai kamu..kamu semangat mama sayang..terima kasih kerana hadir dalam hidup mama sayang.. mama sungguh tidak sabar menatap kamu sayang.. kamu lah cinta mama sayang.. mama tidak mungkin akan mengalah dalam dugaan hidup ini..mama akan berusaha demi kamu sayang mama..maafkan mama sayang kerana terlalu menuruti emosi sehingga mengabaikan kebajikan mu sayang….

1 comment: